Saturday, 29 November 2014

KEPUTIHAN MENJANGKITI SUAMI...

Bismillah hirrahmanirrahim...

Kisah ini adalah kisah benar.

"JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI"

"Assalamualaikum doctor.

Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.”


Wa alaikum mus salam.

Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj.

Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans.

Lendiran yang melekit, berbau dan menyebabkan kegatalan akan menyebabkan puan akan merasa tidak selesa.

Selalunya jika puan sihat dan tidak mengalami penyakit yang kronik, jangkitan ini akan hilang tetapi akan mengambil masa yang lama.
Ubat-ubat yang diberikan oleh doktor akan mempercepatkan penyembuhan, namun jangktan fungal ia masih boleh berulang.

Doktor selalunya akan memberikan ubat anti-fungal dan bukan ubat antibiotik, jika puan telah pun disahkan mengalami jangkitan candida.
Masalah yang mungkin berlaku jika jangkitan Candida pada faraj tidak dirawat ialah ia akan menjangkit kepada suami.

Suami puan akan mengalami jangkitan Candida selepas mengadakan hubungan intim bersama puan.

Masalah awal yang biasa diadukan oleh suami biasanya kegatalan Rasa pedih pada batang zakar atau pada kepala zakar.

Lelaki yang mengalami daya tahan yang rendah selalunya lebih mudah mengalami jangkitan fungsal ini, antaranya pesakit diabetes, pesakit ginjal yang menjalani haemodialysis, pesakit HIV, pesakit kanser sama ada sedang menerima rawatan atau tidak menerima rawatan kemoterapi atau radioterapi dan pesakit yang mengalami penyakit yang menyebabkan daya tahan mereka rendah seperti pesakit leukemia, rheumatoid.

Mereka juga mudah mengalami komplikasi akibat jangkitan fungsal memasuki aliran darah & merebak ke organ lain seperti otak & selaput otak.

Nasihat saya, puan amalkan kebersihan diri& jika jangkitan ini menganggu puan (menyebabkan kegatalan & berbau busuk) , puan boleh mengambil ubat anti-fungal yang diberikan oleh doktor.

APA TINDAKAN ANDA?

ABAIKAN POST INI @ HUBUNGI SAYA..?

MERAWAT SEBELUM PARAH


No comments:

Post a Comment