Sunday, 30 November 2014

HARI YANG PANJANG....

Bismillah hirrahmanirrahim...

Dari pagi, minum air suam, kunyah Coklat Love Habibi. Ke rumah mertua selesaikan pengurusan jenazah anak saudara yang berusia hampir 3 hari. Selesai urusan pengkebumian, balik ke rumah semula ambik set pantang ringkas Jamu Susuk Dara.

Terangkan serba-sedikit proses ringkas pantang bersama Jamu Susuk Dara. Biras dah mula demam td, kaki pun dah sejuk, pucat & timbul urat hijau. Pasang tungku bantal 5 minit, sambil-sambil sapukan Medicated Deep Heat Lotion di tapak kakinya, perut betis, pelipat lutut. Juga sapu di perut, ari-ari, belakang badan hingga ke bahu & saki-baki Deep Heat Lotion, sapu di pangkal lehernya.

Bantal tungku dah panas. Ambik kain batik, lapik perut. Letak bantal tungku di atas perut. Jarak 2-3 minit ubah pula kedudukannya. Dia kata, perut dah rasa panas. Jadi, Sis letakkan bantal tungku di bawah pelipat lutut lalu Sis selimutkan dia dengan 2 helai selimut menutupi keseluruhan kaki hingga ke leher.

Alhamdulillah, kebah demamnya dalam masa 5-10 minit. Berpeluh sakan dia... Selepas dia makan tengahari, Sis sediakan 2 kapsul Jamu Jalinan Cinta. Dan pesan utk ambil lagi 2 kapsul di sebelah malam.

Pesan juga tentang penggunaan Masker Vagina & Feminine Wash Jamu Susuk Dara.

Semoga dia dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh pantang ini & hari-hari seterusnya...

Balik ke rumah, memandangkan perut dah diisi di rumah mertua, Sis capai pula Jamu Aku Dara 2 kapsul, ditelan bersama air masak suam. Selesai En. Hubby solat, kami bergegas ke Hospital Kulim untuk menziarahi sepupu Sis yang kemalangan berdekatan kawasan kemalangan yang pernah meragut nyawa 2 orang sepupu Sis sebelum ini. Kecederaan, patah tulang belakang, tulang rusuk & tulang selangka.

Juga Sis doakan dia cepat sembuh & tabah menghadapi ujian ini.

Bergegas pulang ke rumah & mengemas bengkel Agar-agar Kering AdamShoppe untuk persediaan fogging jam 6.30 petang sambil tunggu pelanggan yang dah buat appointment untuk booking tempahan goodies.

Selesai appointment bersama pelanggan & fogging, Sis & suami bergegas mencari alas perut seusai selesai solat Maghrib. Alhamdulillah, dapat reward diri sendiri degan sehelai pashmina. 😄

Bergegas pulang, ambil anak2 dari rumah Mama yang puas bermain di Pantai Bersih di sebelah petang bersama keluarga Pak Lang mereka. Setibanya di rumah, di hadapan rumah, terbungkang kucing peliharaan jiran dengan air liur yang meleleh dari mulut. Mati!. Untuk elak salah faham, en. Hubby telefon jiran untuk datang ke rumah melihat sendiri keadaan kucing peliharaan mereka.

Subhanallah perjalanan hari ini & kini selesai menaip cerita hari ini...

Alhamdulillah, masih dikurniakan rahmat & kudrat.

Notakaki : Bila otak dah mula tingtong, ayat agak bersastera.... heheheee 😅

#jsd #jamususukdarabukitmertajam #pengedarsah #bolehpos #bolehcod #rundinganpercuma #agendiperlukan #sihatluardalam #manis #mantap #penuhrahsia

No comments:

Post a Comment